SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Selasa, 26 Oktober 2010

GERAK NILAM BAHASA INGGERIS

PROGRAM KECEMERLANGAN 18 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Murid tahun 1 - tahun 6.
Anjuran  :  Panitia Bahasa Inggeri dan Pusat Sumber.
Tarikh Perlaksanaan  :  24 Mei 2010 - 24 Oktober 2010 (5 bulan)
Tempat  :  Halaman Bicara.
Rasional  :  Menggalakkan promosi bacaan bahan B. Inggeris dalam kalangan murid dalam tempoh dua minggu perlaksanaan, murid digalakkan membeli buku khusus untuk program bacaan Nilam dalam B. Inggeris. Pencapaian 150 dan ke atas akan dianugerahkan TAHAP JAUHARI dengan pemberian lencana.
Objektif  :  Murid menanamkan minat membaca bahan bacaan dalam B. Inggeris. Ini bertujuan agar merea mendapat input yang maksima bagi meningkatan penguasaan B. Inggeris bermula daripada peringkat tahun 1.
Sumber Kewangan  :  RM200.00.
Bilangan peserta  :  498 orang.
Impak  :  Murid menggunakan masa yang ada membaca sekurang-kurangnya 1 buku sehari di sekolah dan di rumah.
Penilaian  :  Murid mulai berkumpul dan membaca di luar kelas dan halaman bicara dengan inisiatif sendiri.

Sabtu, 11 September 2010

MEMPROMOSIKAN BAHAN DAN PUBLISITI UNTUK PUSAT SUMBER

PROGRAM KECEMERLANGAN 9 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Semua warga SK Sungai Gau.
Anjuran  :  Unit-unit Pusat Sumber.
Tarikh Perlaksanaan  :  March - September (7 bulan)
Tempat  :  Semua unit Pusat Sumber.
Rasional  :  Mempromosi perkhidmatan dan bahan Pusat Sumber kepada seluruh warga sekolah juga komuniti berhampiran.

Antara Bahan Promosi dan Publisiti  :
1)  Orientasi Pelajar Tahun 1.
2)  Orientasi Pelajar Baru Bertukar.
3)  Galeri Ilmu.
4)  Laman Web Pusat Sumber sebagai Gedung Ilmu.

Khamis, 9 September 2010

SAINTIS SEKOLAH

PROGRAM KECEMERLANGAN 17 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Murid Tahun 5 dan 6.
Anjuran  :  Panitia Sains dan Pusat Sumber.
Tarikh Perlaksanaan  :  3 Mei 2010 - 3 September 2010 (4 bulan)
Tempat  :  SK Sungai Gau.
Rasional  :  Memotivasikan pelajar yang cemerlang sains dalam peperiksaan (markah 80 dan ke atas) dengan pemberian lencana. Mereka dilantik sebagai Saintis iaitu sebagai pakar rujuk rakan sebaya di sekolah.
Objektif  :  Meningkatkan motivasi murid dengan pencapaian cemerlang 80 markah dan ke atas bagi subjek Sains.
Bilangan peserta  :  320 orang.
Impk  :  Melalui program saintis murid teruja mencatatkan pencapaian cemerlang agar menjadi pakar rujuk dalam kalangan rakan sekolah.
Sumber kewangan  :  Pusat Sumber.
Penilaian  :  Murid mencatatkan pencapaian cemerlang terutamanya bagi Tahun 6.

Isnin, 6 September 2010

LULUS DAN SKOR A MATEMATIK

PROGRAM KECEMERLANGAN 16 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Semua murid tahun 1 - 6.
Anjuran  :  Panitia Matematik dan Pusat Sumber.
Tarikh Perlaksanaan : 5 April 2010 - 3 September 2010 (5 bulan)
Tempat  :  Halaman Bicara, Pusat Sumber dan di kelas semasa P & P Matematik.
Rasional  :  Meningkatkan prestasi pencapaian subjek matemati. Murid yang lemah dimotivasikan agar lulus,   manakala bagi murid sederhana dan baik menguasai subjek Matematik dengan pencapaian A.
Objektif  :  Murid dapat meningkatkan prestasi mereka dalam subjek Matematik.
Bilangan peserta  : 468 orang.
Impak  :  Murid berusaha lulus dan cemerlang dalam subjek Matematik.
Penilaian  :  Prestasi pencapaian Matematik meningkat dalam peperiksaan P2 tahun 6.

Ahad, 5 September 2010

KEMPEN BULAN KEMERDEKAAN 2010

PROGRAM KECEMERLANGAN 27 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Semua murid SK Sungai Gau.
Anjuran Bersama  :  Pusat Sumber, Panitia Muzik, Panitia Pendidikan Seni dan Panitia Kajian Tempatan.
Tarikh Perlaksanaan  :  2 Ogos 2010 - 31 Ogos 2010 (1 bulan)
Tempat  :  Halaman Bicara, SK Sungai Gau.
Rasional  :  Memupuk nilai patriotik dalam kalangan murid melalui aktiviti yang dirancang sempena Bulan Kemerdekaan Sekolah.

Sabtu, 4 September 2010

"DICTATION PROGRAMME"

PROGRAM KECEMERLANGAN 19 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Murid tahun 3 - tahun 6.
Anjuran Bersama  :  Pusat Sumber & Panitia Bahasa Inggeris.
Tarikh Perlaksanaan  :  21 Jun 2010 - 30 Ogos 2010 (3 bulan)
Tempat  :  Kelas, Koridor & Halaman bicara.
Rasional  :  'Dictation Programme' menggalakkan murid meneroka pelbagai 'vocabulary' bau untuk sesi menulis ayat dengan 'spelling' atau ejaan yang tepat setiap pagi selasa.
Objektif  :  Murid dapat memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah dengan pertandingan yang menguji kebolehan menulis dan pendengarn B. Inggeris yang baik.
Bilangan peserta  :  297 orang.
Impak  :  Murid bermina dan mula merujuk pelbagai bahan kamus di Pusat Sumber Sekolah.
Penilaian  :  Murid boleh menulis ayat ringkas dan gramatis dengan ejaan yang tepat.

Khamis, 2 September 2010

BAHAN PROMOSI PENGGUNAAN PUSAT SUMBER

PROGRAM KECEMERLANGAN 10 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Semua warga SK Sungai Gau.
Anjuran  :  Unit-unit Pusat Sumber.
Tarikh Perlaksanaan  :  Februari - September (8 bulan)
Tempat  :  Semua unit Pusat Sumber.
Rasional  :  Mempromosi Pusat Sumber melalui cetakan bahan dan siaraya kepada seluruh warga sekolah juga komuniti berhampiran.

Antara bahan promosi penggunaan Pusat Sumber :
1)  Siaran radio sekolah.
2)  Brosur Gedung Ilmu.
3)  Pameran Buku Baru.
4)  Buletin Gedung Ilmu.

Selasa, 10 Ogos 2010

PENUTUPAN KEMPEN BULAN MEMBACA

PROGRAM KECEMERLANGAN 26 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Semua murid SK Sungai Gau.
Anjuran Bersama  :  Pusat Sumber dan Jawatankuasa Kempen Bulan Membaca.
Tarikh Perlaksanaan  : 30 Julai 2010.
Tempat  :  Kafe' Seri Gau, SK Sungai Gau.
Rasional  :  Memberi penghargaan kepada murid yang melibatkan diri secara aktif melalui sesi penyampaian hadiah dan persembahan sepanjang kempen Bulan Membaca Kebangsaan 2010.
Objektif  :  Menyampaikan anugerah dan penghargaan kepada pelajar yang berjaya. Seterusnya memilih tokoh kategori Tahap 1 dan Tahap 2, Pengguna terbaik Pusat Sumber dan Anugerah Khas Guru Minat Membaca.
Sumber Kewangan  :  Pusat Sumber Sekolah.
Bilangan Peserta  :  440 orang.
Impak  :  Murid terlibat secara aktif dengan aktiviti yang diadakan dan peratusan kadar membaca turut meningkat sepanjang Kempen Bulan Membaca.
Penilaian  :  Keseluruhan penilaian melibatkan semua kelas dan tahun.  Ini bermakna murid yang lemah dan sederhana turut mendapat penghargaan.

MINGGU SAINS

PROGRAM KECEMERLANGAN 25 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Semua murid SK Sungai Gau.
Anjuran Bersama  :  Pusat Sumber dan Panitia Sains.
Tarikh Perlaksanaan  :  26 Julai 2010 - 30 Julai 2010 (1 minggu)
Tempat  :  SK Sungai Gau.
Rasional  :  Meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Sains melalui kempen dan pertandingan yang diadakan.
Objektif  :  Memberi peluang kepada murid menyertai pelbagai pertandingan Sains seperti Kuiz Sains dan Teka SilangKata.
Sumber Kewangan  :  Pusat Sumber.
Impak  :  Murid sangat  berminat dengan aktiviti yang dianjurkan.
Penilaian  :  Sepanjang Minggu Sains penyertaan murid sangat membanggakan.

SAMBUTAN MAAL HIJRAH, QIAMULAIL DAN PERTANDINGAN HAFAZAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN

PROGRAM KECEMERLANGAN 24 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Semua murid SK Sungai Gau.
Anjuran Bersama  :  Pusat Sumber dan Panitia Agama Islam.
Tarikh Perlaksanaan  :  19 Julai 2010 - 30 Julai 2010 (2 Minggu)
Tempat  :  SK Sungai Gau.
Rasional  :  Memupuk penghayatan Islam melalui sambutan Israk Mikraj, Qiamulail dan pertandingan hafazan.
Objektif  :  Memberi peluang kepada murid menyertai pelbagai pertandingan dalam Bahasa Arab.
Sumber Kewangan  :  Pusat Sumber.
Impak  :  Murid sangat berminat dengan aktiviti yang dianjurkan.

Selasa, 3 Ogos 2010

MENGHASILKAN BAHAN DAN PERISIAN

PROGRAM KECEMERLANGAN 12 PUSAT SUMBER SEKOLAH


Sasaran  :  Pengawas Pusat Sumber, Murid Tahap 2 dan Guru.
Anjuran  :  Pusat Sumber.
Tarikh Perlaksanaan  :  Februari - Ogos (7 bulan)
Tempat  :  Pusat Sumber, Bilik Tayangan dan Makmal komputer Sekolah SK Sungai Gau.
Rasional  :  Menghasilkan bahan dan perisian untuk kemudahan guru dan murid dalam membantu proses pengajaran juga pembelajaran.

Isnin, 2 Ogos 2010

KURSUS DAN LATIHAN KEMAHIRAN MAKLUMAT

PROGRAM KECEMERLANGAN 11 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Pengawas Pusat Sumber, Murid Tahap 2 dan Guru.
Anjuran  :  Pusat Sumber.
Tarikh Perlaksanaan  :  Februari - Ogos (7 bulan)
Tempat  :  Pusat Sumber dan Makmal Komputer Sekolah SK Sungai Gau.
Rasional  :  Melaksanakan kursus dan latihan kemahiran maklumat juga KBKK dalam kalangan pelajar dan guru sekolah.

Antara Kursus dan Latihan Kemahiran Maklumat  :
1)  Khemah Kerja Kemahiran Pencarian Maklumat 
     Tarikh : 19 Februari 2010.
     Tempat  :  Pusat Akses, Pusat Sumber.
2)  Kursus Kemahiran Literasi Maklumat
     Tarikh  :  27 March 2010.
     Tempat  :  Makmal Komputer.
3)  Bengkel KBKK Kemahiran Membaca
     Tarikh  :  9 April 2010.
     Tempat  :  Bilik Tayangan, Pusat Sumber.
4)  Latihan Penggunaan Sumber Elektronik
5)  Penghasilan Bahan dan Perisian.
6)  Bengkel KBKK.

Ahad, 1 Ogos 2010

KEMPEN BULAN MEMBACA KEBANGSAAN (JULAI)

PROGRAM KECEMERLANGAN 20 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Murid tahun 1 - tahun 6.
Anjuran  :  AJK Induk Pusat Sumber.
Tarikh Perlaksanaan  :  5 Julai 2010 - 30 Julai 2010 ( 1 bulan)
Tempat  :  SK Sungai Gau.
Rasional  :  Membina dan memupuk tabiat membaca yang berterusan dalam kalangan guru dan pelajar.
Objektif  :  Menggerakkan program dan aktiviti galakan membaca secara maksimum dalam kalangan warga sekolah.
Bilangan peserta  :  498 orang.
Sumber Kewangan  :  RM550.00 (Pusat Sumber)
Impak  :  Penglibatan murid dalam pertandingan yan dianjurkan sangat baik.
Penilaian  :  Murid terlibat secara aktif terutama untuk pertandingan galakan membaca dan aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Selasa, 27 Julai 2010

MINGGU MATEMATIK

PROGRAM KECEMERLANGN 23 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Semua murid SK Sungai Gau.
Anjuran Bersama  :  Pusat Sumber dan Panitia Matematik.
Tarik Perlaksanaan  :  19 Julai 2010 - 23 Julai 2010 (1 minggu)
Tempat  :  SK Sungai Gau.
Rasional  :  Meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Matematik melalui kempen dan pertandingan yang diadakan.
Objektif  :  Memberi peluang kepada murid menyertai pelbagai pertandingan seperti Teka berat buku dan Kuiz Matematik.
Sumber Kewangan  :  Pusat Sumber.
Impak  :  Murid sangat berminat dengan aktiviti yang dianjurkan.
Penilaian  :  Sepanjang Minggu Matematik penyertaan murid sangat membanggakan.

Selasa, 20 Julai 2010

MINGGU BAHASA INGGERIS

PROGRAM KECEMERLANGAN 22 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Semua murid SK Sungai Gau.
Anjuran Bersama  : Pusat Sumber dan Panitia Bahasa Inggeris.
Tarikh Perlaksanaan  :  12 Julai 2010 - 17 Julai 2010 (1 minggu)
Tempat  :  SK Sungai Gau.
Rasional  :  Meningkatkan pencapaian statistik galakan membaca dan penguasaan berbahasa Inggeris melalui pertandingan yang diadakan.
Objektif  :  Memberi peluang kepada murid menyertai pertandingan dalam Bahasa Inggeris.
Sumber Kewangan  :  Pusat Sumber.
Impak  :  Murid sangat berminat dengan aktiviti yang dianjurkan.
Penilaian  :  Sepanjang Minggu Bahasa Inggeris penyertaan murid sangat membanggakan.

Selasa, 13 Julai 2010

MINGGU BAHASA MELAYU

PROGRAM KECEMERLANGAN 21 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Semua murid SK Sungai Gau.
Anjuran Bersama  :  Pusat Sumber dan Panitia Bahasa Melayu.
Tarikh Perlaksanaan  : 5 Julai 2010 - 9 Julai 2010 (1 minggu)
Tempat  :  SK Sungai Gau.
Rasional  :  Meningkatkan pencapaian statistik galakan membaca dan penguasaan berbahasa melalui pertandingan yang diadakan.
Objektif  :  Memberi peluang kepada murid menyertai pelbagai pertandingan dalam Bahasa Melayu seperti pertandingan menulis esei, mencipta pantun, tulisan cantik, deklamasi sajak dan kempen 'Moh Membaca'.
Sumber Kewangan  :  Pusat Sumber.
Impak  :  Murid sangat berminat dengan aktiviti yang dianjurkan.
Penilaian  : Sepanjang Minggu Bahasa Melayu penyertaan murid sangat membanggakan.

Isnin, 5 April 2010



PIAGAM PUSAT SUMBER SK. SUNGAI GAU
Pusat Sumber sekolah menyediakan maklumat dan perkhidmatan untuk warga sekolah bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai kecemerlangan pendidikan ke arah pembentukkan masyarakat berilmu, beriman dan berketrampilan serta menerapkan nilai murni bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PENGAWAS PSS


Jumaat, 2 April 2010

SEJARAH PUSAT SUMBER SK. SUNGAI GAU

Perpustakaan SK Sg. Gau telah ditubuhkan pada tahun 2001. Penubuhannya sama dengan pembukaan Sk. Sg. Gau yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar iaitu 10km dari Bandar Temerloh. Perpustakaan ini merupakan bangunan baru SK. Sg. Gau yang telah berpindah dari SK. Paya Pulai. Sebelum bangunan ini siap dibina, warga sekolah telah menumpang di bangunan SK. Paya Pulai, Temerloh. Bilangan pelajar pada masa itu seramai 280 orang dan 18 orang guru di bawah pengawasan Tn. Haji Syed Abdullah bin Syed Sulaiman. SK. Paya Pulai merupakan sekolah yang paling hampir di kawasan Sungai Gau iaitu kira-kira 3 kilometer. Sehinggalah bangunan sekolah siap dibina pada tahun 2002.

Pada 1 Oktober 2002, warga sekolah telah berpindah ke SK. Sg. Gau dengan bilangan guru seramai 23 orang, seorang pembantu Tadbir dan bilangan murid dalam lingkungan 300 orang. Puan Hajah Noriah telah bertugas sebagai Guru Besar.

Bangunan sekolah ini terdiri daripada tiga blok bangunan, Satu bilik telah dipilih khas sebagai bilik Perpustakaan sekolah. PSS terletak di tingkat dua, bangunan blok B. Terdiri daripada tiga bilik iaitu bilik Tayangan, Perpustakaan dan bilik Bahan Bantu Mengajar.

Pada peringkat awal penubuhan, PSS memerlukan banyak peralatan dan koleksi bahan seperti rak buku, meja, tikar getah dan pelbagai bahan bacaan. Oleh itu pihak sekolah telah mengusahakan dengan sumber yang ada untuk melengkapkan PSS ini.

Pada tahun 2002, dengan keadaan yang serba kekurangan, perpustakaan sekolah hanya mendapat satu bintang. Namun berkat ketekunan seluruh warga SK. Sg. Gau, maka pada tahun 2003, PSS Sek. Keb. Sg. Gau telah berjaya mendapat tiga bintang. Seterusnya pada tahun 2004, PSS sekolah berjaya mendapat empat bintang dalam pertandingan PERPUSPA sehinggalah sekarang.

Oleh itu menjadi harapan sekolah, agar PSS dapat meneruskan kecemerlangan sebagai pemangkin ilmu dikalangan pelajar dan guru. Ibarat kata pepatah, 'Selangkah ke Perpustakaan, sejuta pengetahuan'.

Isnin, 29 Mac 2010

MINGGU ANTI DADAH

AKTIVITI PAMERAN BERTEMA 'MINGGU ANTI DADAH'

Sasaran : Semua Warga SK Sungai Gau
Tarikh perlaksanaan : 22 - 29 Mac 2010 (1 minggu)
Tempat : Sudut Pameran Bertema, Pusat Sumber Sekolah
Anjuran : Unit Perpustakaan, Pusat Sumber
Rasional : Murid dapat menambah pengetahuan melalui bahan pameran, bahan bergambar dan informasi yang dipamerkan.
Bahan yang dipamerkan kepada murid sepanjang minggu anti dadah. Bahan-bahan bermesej agar pelajar membenci rokok dan dadah.


 

Pelbagai aksi pelajar semasa senamrobik minggu anti dadah. Selain itu, bahan pameran berinformasi dipamerkan untuk maklumat dan menanam kesedaran kepada seluruh warga SK Sungai Gau. Pertandingan sempena minggu anti dadah seperti pertandingan deklamasi sajak, melukis poster dan kuiz turut diadakan sepanjang minggu tersebut.








SEMINAR PENGGUNAAN RUANG / BILIK SAL

AKTIVITI GALAKAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
'SEMINAR PENGGUNAAN RUANG / BILIK SAL'

Sasaran : Semua Murid
Tarikh Perlaksanaan : 29 Mac 2010
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Anjuran : Pusat Sumber
Rasional : Memberi informasi kepada murid tentang penggunaan bilik SAL.

Jumaat, 26 Mac 2010

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

AKTIVITI GALAKAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER 7
'PERTANDINGAN MELUKIS POSTER'

Sasaran :Semua murid
Tarikh perlaksanaan :26 March 2010
Tempat :Pusat Sumber Sekolah
Anjuran :Pusat Sumber
Rasional :Mengasah bakat murid melalui pertandingan melukis poster antara pelajar.

Khamis, 25 Mac 2010

PERTANDINGAN BERCERITA

AKTIVITI GALAKAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
'PERTANDINGAN BERCERITA'

Sasaran : Semua murid
Tarikh Perlaksanaan : 25 Mac 2010
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Anjuran : Pusat Sumber
Rasional : Mengasah bakat murid dengan kemahiran bercerita di hadapan penonton.

Rabu, 24 Mac 2010

PERTANDINGAN PIDATO

AKTIVITI GALAKAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER 6
'PERTANDINGAN PIDATO'

Sasaran : Semua murid
Tarikh perlaksanaan : 24 March 2010
Tempat : Pusat sumber sekolah
Anjuran :Pusat sumber
Rasional :Mengasah bakat murid melalui pertandingan pidato antara kelas.

Selasa, 23 Mac 2010

PERTANDINGAN MEWARNA PSS

AKTIVITI GALAKAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER

'PERTANDINGAN MEWARNA PSS'

Sasaran : Semua Murid
Tarikh Perlaksanaan : 23 Mac 2010
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Anjuran : Pusat Sumber
Rasional : Mengasah bakat murid dengan kemahiran mewarna.

Isnin, 22 Mac 2010

PROJEK KHAS 1 SEPULUH PSS

PROGRAM KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
'PROJEK KHAS 1 SEPULUH PSS'

Sasaran : Semua Pengawas Pusat Sumber
Bilangan Peserta : 480 orang
Tarikh Perlaksanaan : 22 Februari - 22 Mac 2010 (1 bulan)
Tempat : Semua Unit Pusat Sumber
Anjuran : Unit Perpustakaan dan Pusat Sumber
Rasional : Menambah pengguna perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah semaksima mungkin ke arah Pusat Sumber cemerlang selaras dengan visi Sekolah Cemerlang 2010.
Objektif : Dapat menambah bilangan pengguna pusat Sumber atas dasar seorang pengawas PSS, sepuluh orang pengguna Pusat Sumber.
Impak : Penawaran perkhidmatan Pusat Sumber digunakan secara maksimum.
Penilaian : Seluruh warga SK Sungai Gau dapat menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PSS dengan kerjasama seluruh warga kerja PSS.

Jumaat, 12 Mac 2010

SUKAN SEKOLAH

AKTIVITI PAMERAN BERTEMA 'SUKAN SEKOLAH'

Sasaran : Semua Warga SK Sungai Gau
Tarikh perlaksanaan : 2 - 12 Mac 2010
Tempat : Ruang Pameran Bertema, Unit Perpustakaan
Anjuran : Unit Perpustakaan dan Pusat Sumber
Rasional : Murid dapat menambah pengetahuan melalui barangan, bahan bergambar dan informasi yang dipamerkan.
Objektif : Menjadikan Pusat Sumber sebagai salah satu tempat mendapatkan informasi secara bergambar kepada pelajar.
Penilaian : Pameran Bertema Kejohanan Sukan Tahunan SK Sungai Gau.

Sabtu, 6 Mac 2010

MAULIDUR RASUL

AKTIVITI PAMERAN BERTEMA  'MAULIDUR RASUL'

Sasaran : Semua Warga SK Sungai Gau.
Tarikh perlaksanaan : 2 - 6 Mac 2010. (1 minggu)
Tempat : Sudut Pameran Bertema, Pusat Sumber Sekolah.
Rasional : Murid dapat menambah pengetahuan melalui bahan pameran, bahan bergambar dan informasi yang dipamerkan.

Pameran bertema tentang 'Maulidur Rasul' mempamerkan bahan pameran seperti poster tentang Maulidur Rasul dan bahan bergambar sepanjang Sambutan hari Maulidur Rasul.

      



Sebahagian daripada aktiviti sepanjang sambutan hari Maulidur Rasul peringkat sekolah. Pelbagai pertandingan turut diadakan.


Isnin, 22 Februari 2010

CHINESE NEW YEAR

AKTIVITI PAMERAN BERTEMA 'CHINESE NEW YEAR'

Sasaran : Semua Warga SK Sungai Gau
Tarikh Perlaksanaan : 16 - 22 Februari 2010 (1 minggu)
Tempat : Sudut Pameran Bertema, Pusat Sumber Sekolah
Anjuran : Unit Perpustakaan, Pusat Sumber
Rasional : Murid dapat menambah pengetahuan melalui bahan pameran, bahan bergambar dan informasi yang dipamerkan.



Antara bahan yang dipamerkan kepada murid.



Bahan bergambar yang dipamerkan bertujuan memberi gambaran kepada murid tentang nilai dan kepercayaan masyarakat cina tentang Tahun Baru Cina yang diraikan. Juga adat resam masyarakat cina iaitu tentang penggunaan tanglung dan pemberian ang-pow.

Rabu, 3 Februari 2010

PERTANDINGAN MEMBUAT BUKU SKRAP PSS

AKTIVITI GALAKAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
'PERTANDINGAN MEMBUAT BUKU SKRAP PSS'

Sasaran : Semua Murid
Tarikh Perlaksanaan : 2 Februari 2010
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Anjuran : Pusat Sumber
Rasional : Mencungkil bakat melalui penghasilan buku skrap.

Isnin, 25 Januari 2010

TEN MINUTES READING PROGRAMME

PROGRAM KECEMERLANGAN 3 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran :- Murid Tahun 1 - Tahun 6
Tarikh Perlaksanaan :- Januari - September (9 bulan)
Tempat :- Halaman bicara
Rasional :- Membaca 10 minit sebelum waktu pembelajaran sebenar di luar kelas dan di halaman bicara.
Objektif :- Murid dapat memanfaat masa dengan aktiviti yang berfaedah dengan membaca pelbagai sumber bahan bacaan termasuk buku teks.
Bilangan peserta :- 498 orang.
Impak :- Murid menggunakan masa yang ada sekurang-kurangnya 10 minit dengan membaca buku.
Penilaian :- Murid mulai berkumpul dan membaca di luar kelas dan halaman bicara dengan inisiatif sendiri.



Suasana di luar kelas dan di halaman bicara pada waktu pagi sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu pembelajaran sebenar. Murid begitu gembira dan tekun membaca pada waktu pagi.


 Murid berkesempatan membaca dan lebih bersedia untuk belajar 10 minit sebelum p& p sebenar. Walaupun rakan lalu lalang, mereka tekun membaca dalam program ' Ten Minutes Reading'.

Khamis, 21 Januari 2010

PROGRAM BACALAH SAYANG

PROGRAM KECEMERLANGAN 2 PUSAT SUMBER

Sasaran :- Murid Tahun 2 - Tahun 6
Tarikh perlaksanaan :- Januari - November (10 bulan)
Tempat :- Pondok Sumber
Rasional :- Memupuk minat membaca dalam kalangan murid.
Objektif :- Semua murid tahun 2, 3, 4, 5 dan 6 membaca di Pondok Sumber pada waktu pagi dan rehat mengikut jadual yang ditetapkan.
Bilangan peserta :- 420 orang.
Impak :- Murid dapat membaca di kawasan sekolah.
Penilaian :- Murid gembira membaca dengan minat sendiri di bawah pemantauan guru bertugas.


Fenomena ketika waktu rehat. Murid membaca dengan rasa gembira bersama kawan. Pelbagai bahan bacaan disediakan untuk murid bagi memasti program galakan membaca dikalangan murid berjalan lancar.


Isnin, 18 Januari 2010

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

PROGRAM KECEMERLANGAN 6 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran :- Semua Pengawas Pusat Sumber
Anjuran bersama :- Pusat Sumber dan Unit Bimbingan & Kaunseling.
Tarikh Perlaksanaan :- 18 Januari 2010
Tempat :- Kolej Komuniti Temerloh.
Rasional :- Melahirkan pengawas yang berkepimpinan dan dapat menguruskan PSS dengan baik.
Objektif :- Dapat menguruskan PSS sebagai Pusat Sumber berinformasi dan cemerlang.
Sumber kewangan :- Sekolah dan murid.
Bilangan Peserta :- 40 orang.
Impak :- Murid lebih yakin dengan tugas yang diamanahkan.
Penilaian :- Projek 1 sepuluh PSS.



Situasi sewaktu hendak bertolak ke Kolej Komuniti Temerloh. Pengawas Pusat Sumber berbaris sewaktu menaiki bas ke Kolej.



Pengawas Pusat Sumber sewaktu sesi ceramah kepimpinan dan sesi bengkel bersama pensyarah Kolej Komuniti.



Kursus Kepimpinan berjalan lancar dengan penglibatan pengawas secara aktif.



Majlis penyampaian cenderahati kepada fasilitator dan sesi bergambar di bengkel Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber 2010 di Kolej Komuniti Temerloh.


Jumaat, 15 Januari 2010

PERTANDINGAN UJI MINDA PSS

AKTIVITI GALAKAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER

'PERTANDINGAN UJI MINDA PSS'

Sasaran : Semua murid
Tarikh Perlaksanaan : 11 - 15 Januari 2010 (1 minggu)
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Anjuran : Pusat Sumber
Rasional : Menguji minda murid dengan soalan berasaskan kemahiran berfikir.

Khamis, 14 Januari 2010

PROGRAM ORIENTASI TAHUN 1

PROGRAM KECEMERLANGAN 1 PUSAT SUMBER SEKOLAH
 Sasaran :- Murid Tahun 1 (68 orang)
Tarikh Perlaksanaan :- 14 Januari 2010
Tempoh Perlaksanaan :- 1 hari
Rasional :- Mengenal dan memahami peraturan menggunakan bilik perpustakaan.
Objektif :- Murid dapat gambaran awal tentang peraturan dan cara menggunakan perpustakaan sekolah.
Impak :- Murid berminat dan mula berjinak dengan tabiat membaca.
Penilaian :- Murid tahun 1 Ibnu Sina lebih proaktif dan dapat menggunakan sumber dengan baik bersama bimbingan guru tahun 1.

Situasi semasa minggu orientasi Tahun 1. Murid masuk bersama guru B.Melayu dan Guru Perpustakaan dan Media. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan 1 Ibnu Sina dan 1 Ibnu Khaldun. Murid meneliti gambar dan membaca buku.


Guru memberi taklimat dan penerangan kepada murid tentang peraturan di bilik perpustakaan. Slot terakhir, sesi bergambar di pentas bercerita.

Rabu, 13 Januari 2010

BIJAK SIFIR

PROGRAM KECEMERLANGAN 5 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran :- Murid tahun 3 - tahun 6
Tarikh perlaksanaan :- Januari - Julai (7 bulan)
Tempat :- Halaman Bicara
Rasional :- Murid dapat menghafal sifir dengan lancar.
Objektif :- Murid tahun 3 hingga tahun 6 dapat menghafal sifir 2 hingga 12 dalam tempoh 7 bulan dengan betul.
Bilangan peserta :- 380 orang.
Impak & Penilaian :- Murid dapat menghafal sifir dengan lancar.


Seorang pengawas sedang membacakan sifir 8 sewaktu perhimpunan sekolah. Sebagai motivasi, cenderahati turut disediakan kepada murid tahap satu.

PROGRAM NILAM

PROGRAM KECEMERLANGAN 4 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran :- Murid tahun 1 - tahun 6
Tarikh Perlaksanaan :- Januari - Oktober (10 bulan)
Tempat :- Pusat Sumber dan Pondok Sumber
Rasional :- Program galakan membaca dikalangan murid sekolah SK Sungai Gau.
Objektif :- Murid dapat memanfaat masa dengan aktiviti yang berfaedah dengan membaca pelbagai sumber bahan bacaan.
Bilangan Peserta :- 497 orang.
Impak :- Murid mencatat di dalam buku Nilam bahan bacaan yang telah selesai dibaca.
Penilaian 1 :- Murid membaca satu waktu pembelajaran B.Melayu dan B.Inggeris dengan seliaan Guru mata pelajaran di Pusat Sumber dan Pondok Sumber mengikut jadual yang disediakan.
Penilaian 2 :- Pemenang Nilam iaitu pembaca terbanyak akan dipilih berdasarkan data bacaan murid setiap 2 bulan sekali.



Majlis pelancaran Program Nilam oleh Tuan Guru Besar selaras dengan objektif dan hasrat kementerian Program Galakan Membaca dalam kalangan murid.
  
 

 Program Nilam dijalankan secara berjadual mengikut 1 waktu pembelajaran BM dan BI. Kelihatan pelajar sedang membaca buku koleksi 'Big Book' di perpustakaan sekolah.