SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Selasa, 10 Ogos 2010

PENUTUPAN KEMPEN BULAN MEMBACA

PROGRAM KECEMERLANGAN 26 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Semua murid SK Sungai Gau.
Anjuran Bersama  :  Pusat Sumber dan Jawatankuasa Kempen Bulan Membaca.
Tarikh Perlaksanaan  : 30 Julai 2010.
Tempat  :  Kafe' Seri Gau, SK Sungai Gau.
Rasional  :  Memberi penghargaan kepada murid yang melibatkan diri secara aktif melalui sesi penyampaian hadiah dan persembahan sepanjang kempen Bulan Membaca Kebangsaan 2010.
Objektif  :  Menyampaikan anugerah dan penghargaan kepada pelajar yang berjaya. Seterusnya memilih tokoh kategori Tahap 1 dan Tahap 2, Pengguna terbaik Pusat Sumber dan Anugerah Khas Guru Minat Membaca.
Sumber Kewangan  :  Pusat Sumber Sekolah.
Bilangan Peserta  :  440 orang.
Impak  :  Murid terlibat secara aktif dengan aktiviti yang diadakan dan peratusan kadar membaca turut meningkat sepanjang Kempen Bulan Membaca.
Penilaian  :  Keseluruhan penilaian melibatkan semua kelas dan tahun.  Ini bermakna murid yang lemah dan sederhana turut mendapat penghargaan.