SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Ahad, 1 Ogos 2010

KEMPEN BULAN MEMBACA KEBANGSAAN (JULAI)

PROGRAM KECEMERLANGAN 20 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Murid tahun 1 - tahun 6.
Anjuran  :  AJK Induk Pusat Sumber.
Tarikh Perlaksanaan  :  5 Julai 2010 - 30 Julai 2010 ( 1 bulan)
Tempat  :  SK Sungai Gau.
Rasional  :  Membina dan memupuk tabiat membaca yang berterusan dalam kalangan guru dan pelajar.
Objektif  :  Menggerakkan program dan aktiviti galakan membaca secara maksimum dalam kalangan warga sekolah.
Bilangan peserta  :  498 orang.
Sumber Kewangan  :  RM550.00 (Pusat Sumber)
Impak  :  Penglibatan murid dalam pertandingan yan dianjurkan sangat baik.
Penilaian  :  Murid terlibat secara aktif terutama untuk pertandingan galakan membaca dan aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.