SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Isnin, 22 Februari 2010

CHINESE NEW YEAR

AKTIVITI PAMERAN BERTEMA 'CHINESE NEW YEAR'

Sasaran : Semua Warga SK Sungai Gau
Tarikh Perlaksanaan : 16 - 22 Februari 2010 (1 minggu)
Tempat : Sudut Pameran Bertema, Pusat Sumber Sekolah
Anjuran : Unit Perpustakaan, Pusat Sumber
Rasional : Murid dapat menambah pengetahuan melalui bahan pameran, bahan bergambar dan informasi yang dipamerkan.



Antara bahan yang dipamerkan kepada murid.



Bahan bergambar yang dipamerkan bertujuan memberi gambaran kepada murid tentang nilai dan kepercayaan masyarakat cina tentang Tahun Baru Cina yang diraikan. Juga adat resam masyarakat cina iaitu tentang penggunaan tanglung dan pemberian ang-pow.

Rabu, 3 Februari 2010

PERTANDINGAN MEMBUAT BUKU SKRAP PSS

AKTIVITI GALAKAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
'PERTANDINGAN MEMBUAT BUKU SKRAP PSS'

Sasaran : Semua Murid
Tarikh Perlaksanaan : 2 Februari 2010
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Anjuran : Pusat Sumber
Rasional : Mencungkil bakat melalui penghasilan buku skrap.