SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Isnin, 5 April 2010



PIAGAM PUSAT SUMBER SK. SUNGAI GAU
Pusat Sumber sekolah menyediakan maklumat dan perkhidmatan untuk warga sekolah bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai kecemerlangan pendidikan ke arah pembentukkan masyarakat berilmu, beriman dan berketrampilan serta menerapkan nilai murni bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PENGAWAS PSS


Jumaat, 2 April 2010

SEJARAH PUSAT SUMBER SK. SUNGAI GAU

Perpustakaan SK Sg. Gau telah ditubuhkan pada tahun 2001. Penubuhannya sama dengan pembukaan Sk. Sg. Gau yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar iaitu 10km dari Bandar Temerloh. Perpustakaan ini merupakan bangunan baru SK. Sg. Gau yang telah berpindah dari SK. Paya Pulai. Sebelum bangunan ini siap dibina, warga sekolah telah menumpang di bangunan SK. Paya Pulai, Temerloh. Bilangan pelajar pada masa itu seramai 280 orang dan 18 orang guru di bawah pengawasan Tn. Haji Syed Abdullah bin Syed Sulaiman. SK. Paya Pulai merupakan sekolah yang paling hampir di kawasan Sungai Gau iaitu kira-kira 3 kilometer. Sehinggalah bangunan sekolah siap dibina pada tahun 2002.

Pada 1 Oktober 2002, warga sekolah telah berpindah ke SK. Sg. Gau dengan bilangan guru seramai 23 orang, seorang pembantu Tadbir dan bilangan murid dalam lingkungan 300 orang. Puan Hajah Noriah telah bertugas sebagai Guru Besar.

Bangunan sekolah ini terdiri daripada tiga blok bangunan, Satu bilik telah dipilih khas sebagai bilik Perpustakaan sekolah. PSS terletak di tingkat dua, bangunan blok B. Terdiri daripada tiga bilik iaitu bilik Tayangan, Perpustakaan dan bilik Bahan Bantu Mengajar.

Pada peringkat awal penubuhan, PSS memerlukan banyak peralatan dan koleksi bahan seperti rak buku, meja, tikar getah dan pelbagai bahan bacaan. Oleh itu pihak sekolah telah mengusahakan dengan sumber yang ada untuk melengkapkan PSS ini.

Pada tahun 2002, dengan keadaan yang serba kekurangan, perpustakaan sekolah hanya mendapat satu bintang. Namun berkat ketekunan seluruh warga SK. Sg. Gau, maka pada tahun 2003, PSS Sek. Keb. Sg. Gau telah berjaya mendapat tiga bintang. Seterusnya pada tahun 2004, PSS sekolah berjaya mendapat empat bintang dalam pertandingan PERPUSPA sehinggalah sekarang.

Oleh itu menjadi harapan sekolah, agar PSS dapat meneruskan kecemerlangan sebagai pemangkin ilmu dikalangan pelajar dan guru. Ibarat kata pepatah, 'Selangkah ke Perpustakaan, sejuta pengetahuan'.