SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Isnin, 25 Januari 2010

TEN MINUTES READING PROGRAMME

PROGRAM KECEMERLANGAN 3 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran :- Murid Tahun 1 - Tahun 6
Tarikh Perlaksanaan :- Januari - September (9 bulan)
Tempat :- Halaman bicara
Rasional :- Membaca 10 minit sebelum waktu pembelajaran sebenar di luar kelas dan di halaman bicara.
Objektif :- Murid dapat memanfaat masa dengan aktiviti yang berfaedah dengan membaca pelbagai sumber bahan bacaan termasuk buku teks.
Bilangan peserta :- 498 orang.
Impak :- Murid menggunakan masa yang ada sekurang-kurangnya 10 minit dengan membaca buku.
Penilaian :- Murid mulai berkumpul dan membaca di luar kelas dan halaman bicara dengan inisiatif sendiri.



Suasana di luar kelas dan di halaman bicara pada waktu pagi sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu pembelajaran sebenar. Murid begitu gembira dan tekun membaca pada waktu pagi.


 Murid berkesempatan membaca dan lebih bersedia untuk belajar 10 minit sebelum p& p sebenar. Walaupun rakan lalu lalang, mereka tekun membaca dalam program ' Ten Minutes Reading'.