SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Rabu, 13 Januari 2010

PROGRAM NILAM

PROGRAM KECEMERLANGAN 4 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran :- Murid tahun 1 - tahun 6
Tarikh Perlaksanaan :- Januari - Oktober (10 bulan)
Tempat :- Pusat Sumber dan Pondok Sumber
Rasional :- Program galakan membaca dikalangan murid sekolah SK Sungai Gau.
Objektif :- Murid dapat memanfaat masa dengan aktiviti yang berfaedah dengan membaca pelbagai sumber bahan bacaan.
Bilangan Peserta :- 497 orang.
Impak :- Murid mencatat di dalam buku Nilam bahan bacaan yang telah selesai dibaca.
Penilaian 1 :- Murid membaca satu waktu pembelajaran B.Melayu dan B.Inggeris dengan seliaan Guru mata pelajaran di Pusat Sumber dan Pondok Sumber mengikut jadual yang disediakan.
Penilaian 2 :- Pemenang Nilam iaitu pembaca terbanyak akan dipilih berdasarkan data bacaan murid setiap 2 bulan sekali.



Majlis pelancaran Program Nilam oleh Tuan Guru Besar selaras dengan objektif dan hasrat kementerian Program Galakan Membaca dalam kalangan murid.
  
 

 Program Nilam dijalankan secara berjadual mengikut 1 waktu pembelajaran BM dan BI. Kelihatan pelajar sedang membaca buku koleksi 'Big Book' di perpustakaan sekolah.