SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Khamis, 9 September 2010

SAINTIS SEKOLAH

PROGRAM KECEMERLANGAN 17 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Murid Tahun 5 dan 6.
Anjuran  :  Panitia Sains dan Pusat Sumber.
Tarikh Perlaksanaan  :  3 Mei 2010 - 3 September 2010 (4 bulan)
Tempat  :  SK Sungai Gau.
Rasional  :  Memotivasikan pelajar yang cemerlang sains dalam peperiksaan (markah 80 dan ke atas) dengan pemberian lencana. Mereka dilantik sebagai Saintis iaitu sebagai pakar rujuk rakan sebaya di sekolah.
Objektif  :  Meningkatkan motivasi murid dengan pencapaian cemerlang 80 markah dan ke atas bagi subjek Sains.
Bilangan peserta  :  320 orang.
Impk  :  Melalui program saintis murid teruja mencatatkan pencapaian cemerlang agar menjadi pakar rujuk dalam kalangan rakan sekolah.
Sumber kewangan  :  Pusat Sumber.
Penilaian  :  Murid mencatatkan pencapaian cemerlang terutamanya bagi Tahun 6.