SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Rabu, 2 Mei 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 12

Nama aktiviti: Pertandingan Tokoh Nilam Peringkat daerah Temerloh
Penyertaan: 52 sekolah rendah di Daerah Temerloh
Anjuran Bersama: Pejabat Pelajaran daerah temerloh dan Pusat Kegiatan guru, Temerloh.
Tarikh perlaksanaan: 30 April 2012
Tempoh perlaksanaan: 1 hari
Tempat: Dewan, Pejabat Pelajaran daerah Temerloh
Rasional: Mencari bakat dan pencarian Tokoh Nilam bagi mewakili Daerah Temerloh ke pertandingan Tokoh Nilam peringkat Negeri Pahang.
Objektif: Mencari Tokoh Nilam yang berpotensi di peringkat Daerah Temerloh, seterusnya menjadi wakil ke peringkat negeri Pahang.
Bilangan peserta: semua calon Nilam sekolah rendah di daerah Temerloh.
Penilaian: Oleh pengadil profesional dengan beberapa fasa penilaian seperti bilangan buku melepasi 360 buah BM dan BI, kepetahan bercakap, kematangan fikiran, boleh berkomunikasi dengan baik dan mempunyai tahap pengetahuan kefahaman am yang luas.

Gambar di bawah, adalah pengiktirafan sekolah kerana jumlah bahan bacaan yang banyak.  Mereka merupakan calon rakan pembaca peringkat gangsa dan diberi Badge sebagai Duta membaca di peringkat sekolah.
 


KEPUTUSAN PERTANDINGAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH TEMERLOH 2012.


JOHAN TOKOH NILAM: NAJWA SYAHIRAH BT MAT SAID ISMAIL (SK SUNGAI GAU)
NAIB JOHAN NILAM:  ALIA FATIHAH BT AHMAD SANUSI (SK SUNGAI GAU)

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH AKAN DIADAKAN PADA HUJUNG TAHUN. JOHAN TOKOH NILAM AKAN MEWAKILI DAERAH KE PERINGKAT NEGERI PAHANG PADA BULAN JULAI 2012.
TAHNIAH DIUCAPKAN, DENGAN KEJAYAAN CEMERLANG!



JOHAN TOKOH NILAM                         NAIB JOHAN TOKOH NILAM