SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Rabu, 30 Mei 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 13

Nama aktiviti: Program B. Arab & J-Qaf
Sasaran: Semua murid tahun 1-5
Anjuran Bersama: Pusat Sumber dan Panatia B.Arab dan Unit J-Qaf.
Tarikh perlaksanaan: Mei -September
Tempoh perlaksanaan: 5 bulan
Tempat: PSS, Halaman Bicara, Dewan dan bilik J-Qaf dan bilik B. Arab
Rasional: Menguasai kosa kata dan perkataan b. Arab dengan baik.
Objektif:   Murid dapat menguasai lebih banyak perbendaharaan kata dalam bahasa arab.
Bilangan peserta: 407 orang
Impak: Murid mencatat di dalam buku catatan bahasa arab dan dapat memperluaskan kosa kata bahsa arab mereka dengan lebih baik.
Penilaian:Murid  membaca dan menulis  lebih dari satu perkataan bahasa arab pada waktu rehat.  Mereka selalu berada di  Perpustakaan dan Pondok Sumber untuk merujuk bahan bacaan yang bersesuaian.

Sumber kewangan: Perpustakaan dan panatia B. Arab.
Penilaian: Pemenang akan dinilai berdasarkan jumlah kosa kata yang dikuasai dalam bahasa Arab.













Isnin, 28 Mei 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 15


Nama aktiviti: Program Rakan Pembaca
Sasaran: Murid yang telah menerima Anugerah Tahap Jauhari
Anjuran Bersama: Pusat Sumber dan Jawatankuasa Nilam
Tarikh perlaksanaan: Mei -Oktober
Tempoh perlaksanaan: 6 bulan
Tempat: PSS, Halaman Bicara, Dewan terbuka SKSG.
Rasional: Murid yang dilantik sebagai Rakan Pembaca menjadi duta dan idola tabiat membaca yang berkekalan dan efektif.
Objektif: Murid  yang cemerlang dalam dunia pembacaan akan dilantik sebagai dua bagi mengajak murid lain terlibat dengan aktiviti membaca, bercerita dan sebagainya.Bilangan peserta: 497 orangImpak: Murid  sangat teruja dan berminat untuk menjadi rakan Pembaca seperti sahabat mereka.  Apa yang jelas, rakan pembaca yang dilantik adalah murid yang cemerlang akademik dan  aktif dengan kegiatan ko-akademik di sekolah seperrti bercerita, berpidato dan mampu bertindak sebagai pemimpin.
Penilaian:Murid  yang dilantik menunjukkan bakat dan potensi yang besar dan sangat membanggakan.

Rabu, 2 Mei 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 12

Nama aktiviti: Pertandingan Tokoh Nilam Peringkat daerah Temerloh
Penyertaan: 52 sekolah rendah di Daerah Temerloh
Anjuran Bersama: Pejabat Pelajaran daerah temerloh dan Pusat Kegiatan guru, Temerloh.
Tarikh perlaksanaan: 30 April 2012
Tempoh perlaksanaan: 1 hari
Tempat: Dewan, Pejabat Pelajaran daerah Temerloh
Rasional: Mencari bakat dan pencarian Tokoh Nilam bagi mewakili Daerah Temerloh ke pertandingan Tokoh Nilam peringkat Negeri Pahang.
Objektif: Mencari Tokoh Nilam yang berpotensi di peringkat Daerah Temerloh, seterusnya menjadi wakil ke peringkat negeri Pahang.
Bilangan peserta: semua calon Nilam sekolah rendah di daerah Temerloh.
Penilaian: Oleh pengadil profesional dengan beberapa fasa penilaian seperti bilangan buku melepasi 360 buah BM dan BI, kepetahan bercakap, kematangan fikiran, boleh berkomunikasi dengan baik dan mempunyai tahap pengetahuan kefahaman am yang luas.

Gambar di bawah, adalah pengiktirafan sekolah kerana jumlah bahan bacaan yang banyak.  Mereka merupakan calon rakan pembaca peringkat gangsa dan diberi Badge sebagai Duta membaca di peringkat sekolah.
 


KEPUTUSAN PERTANDINGAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH TEMERLOH 2012.


JOHAN TOKOH NILAM: NAJWA SYAHIRAH BT MAT SAID ISMAIL (SK SUNGAI GAU)
NAIB JOHAN NILAM:  ALIA FATIHAH BT AHMAD SANUSI (SK SUNGAI GAU)

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH AKAN DIADAKAN PADA HUJUNG TAHUN. JOHAN TOKOH NILAM AKAN MEWAKILI DAERAH KE PERINGKAT NEGERI PAHANG PADA BULAN JULAI 2012.
TAHNIAH DIUCAPKAN, DENGAN KEJAYAAN CEMERLANG!



JOHAN TOKOH NILAM                         NAIB JOHAN TOKOH NILAM

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selasa, 1 Mei 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 6

Nama aktiviti: Pertandingan Kuiz Sains

Sasaran: Murid tahun 6
Anjuran: Pusat Sumber SKSG dan Perpustakaan Awam, Daerah Temerloh.
Tarikh perlaksanaan: 30 April 2012
Tempoh perlaksanaan: 1 hari
Tempat: Perpustakaan Awam Daerah Temerloh.
Rasional: Jalinan kerjasam sama Pusat Sumber SKSG dan Perpustakaan Awam Daerah. Selain itu, Menguji kefahaman pelajar dengan konsep Sains yang mereka ketahui. Pembinaan kemahiran berfikir ke arah kecemerlangan UPSR.
Objektif:   seramai 8 orang murid telah dipillih mewakili Sekolah SK Sungai Gau.  Mereka terdiri daripada pelajar tahun 6 yang cemerlang Sains.
Sumber kewangan:  Pusat Sumber Sekolah.
Bilangan peserta:8 oran
g
Impak:Murid dapat mengembangkan konsep dan mengetahuan Sains menerusi sesi kuiz yang mencabar minda.
Penilaian: Peserta SK Sungai Gau berjaya mendapat tempat ketiga daripa 32 sekolah yang menyertai.  Tahniah diucapkan.


Gambar di bawah, Ketua Perpustakaan Awam sedang memberi ucapan perasmian kepada pelajar dan guru-guru yang hadir.  Selain itu, gambar turut memaparkan majlis penutupan bersama peserta yang menang.  Johan dimenangi oleh SK Temerloh Jaya dan Naib Johan adalah SK Bangau.  Sk Sungai Gau menduduki tempat ke tiga.