SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Jumaat, 20 Januari 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 8

Nama aktiviti: Ten Minutes Reading Programme
Sasaran: Murid tahun 1-6
Anjuran: Pusat Sumber
Tarikh perlaksanaan: Januari-September
Tempoh perlaksanaan: 9 bulan
Tempat: Halaman bicara
Rasional: Membaca 10 minit sebelum waktu pembelajaran sebenar di luar kelas dan di halaman bicara.
Objektif: Murid dapat memanfaat masa dengan aktiviti yang berfaedah dengan membaca pelbagai sumber bahan bacaan termasuk buku teks.
Sumber kewangan: Tiada
Bilangan peserta: 498 orang
Impak: Murid menggunakan masa yang ada sekurang-kurangnya 10 minit dengan membaca buku.

Penilaian: Murid mulai berkumpul dan membaca di luar kelas dan halaman bicara dengan inisiatif sendiri


Murid berkesempatan membaca dan lebih bersedia untuk belajar 10 minit sebelum p&p sebenar. Walaupun rakan lalu lalang, mereka tekun membaca dalam program ‘ten minutes reading’.