SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Rabu, 18 Januari 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 5

Nama aktiviti: Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber sesi 2012
Sasaran: Semua Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Anjuran: Pusat Sumber
Tarikh perlaksanaan: 16 Januari 2012
Tempoh perlaksanaan: 1 hari
Tempat: Halaman Bicara, SK Sungai Gau
Rasional: Melantik dan mengiktiraf Pengawas Pusat Sumber yang bertugas di sekolah melalui 1 sesi perlantikan rasmi oleh Guru penolong kanan 1 yang memangku jawatan Guru Besar yang bertukar.
Ucapan Perasmian oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang memangku Guru Besar SK Sungai Gau, Puan Zaiton Bt Mat Arof.  Seterusnya majlis menyampaikan Watikah Perlantikan kepada semua Pengawas Pusat Sumber oleh Puan Saluha bt Haji Jaidy, Guru Penolong Kanan HEM.



Gambar menunjukkan sesi pembacaan ikrar oleh semua Pengawas Pusat Sumber.  Selain itu turut diadakan sesi bergambar bersama jawatankuasa Pusat Sumber dan Pengawas PSS sesi 2012.  Majlis watikah turut diadakan bersama dengan Pengawas Sekolah dan Ketua darjah.