SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Jumaat, 20 Januari 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 8

Nama aktiviti: Ten Minutes Reading Programme
Sasaran: Murid tahun 1-6
Anjuran: Pusat Sumber
Tarikh perlaksanaan: Januari-September
Tempoh perlaksanaan: 9 bulan
Tempat: Halaman bicara
Rasional: Membaca 10 minit sebelum waktu pembelajaran sebenar di luar kelas dan di halaman bicara.
Objektif: Murid dapat memanfaat masa dengan aktiviti yang berfaedah dengan membaca pelbagai sumber bahan bacaan termasuk buku teks.
Sumber kewangan: Tiada
Bilangan peserta: 498 orang
Impak: Murid menggunakan masa yang ada sekurang-kurangnya 10 minit dengan membaca buku.

Penilaian: Murid mulai berkumpul dan membaca di luar kelas dan halaman bicara dengan inisiatif sendiri


Murid berkesempatan membaca dan lebih bersedia untuk belajar 10 minit sebelum p&p sebenar. Walaupun rakan lalu lalang, mereka tekun membaca dalam program ‘ten minutes reading’.

Rabu, 18 Januari 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 5

Nama aktiviti: Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber sesi 2012
Sasaran: Semua Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Anjuran: Pusat Sumber
Tarikh perlaksanaan: 16 Januari 2012
Tempoh perlaksanaan: 1 hari
Tempat: Halaman Bicara, SK Sungai Gau
Rasional: Melantik dan mengiktiraf Pengawas Pusat Sumber yang bertugas di sekolah melalui 1 sesi perlantikan rasmi oleh Guru penolong kanan 1 yang memangku jawatan Guru Besar yang bertukar.
Ucapan Perasmian oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang memangku Guru Besar SK Sungai Gau, Puan Zaiton Bt Mat Arof.  Seterusnya majlis menyampaikan Watikah Perlantikan kepada semua Pengawas Pusat Sumber oleh Puan Saluha bt Haji Jaidy, Guru Penolong Kanan HEM.



Gambar menunjukkan sesi pembacaan ikrar oleh semua Pengawas Pusat Sumber.  Selain itu turut diadakan sesi bergambar bersama jawatankuasa Pusat Sumber dan Pengawas PSS sesi 2012.  Majlis watikah turut diadakan bersama dengan Pengawas Sekolah dan Ketua darjah.

Sabtu, 14 Januari 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN 3 PUSAT SUMBER SEKOLAH 2012

Nama aktiviti: Program Orientasi Tahun 1
Sasaran: Semua murid tahun 1

Anjuran: Pusat Sumber
Tarikh perlaksanaan: 11 Januari 2011
Tempoh perlaksanaan: 1 hari
Tempat: Pusat Sumber Sekolah

Rasional: Mengenal dan memahami peraturan menggunakan bilik perpustakaan.
Objektif: Murid dapat gambaran awal tentang peraturan dan cara menggunakan perpustakaan sekolah.Bilangan peserta: 68 orang
Impak: Murid berminat dan  mula berjinak dengan tabiat membaca
Sumber kewangan: Tiada
Penilaian: Murid tahun 1 Ibnu Sina lebih proaktif dan dapat menggunakan sumber dengan baik bersama bimbingan guru tahun 1.



Ahad, 8 Januari 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN 2 PUSAT SUMBER SEKOLAH 2012

Nama aktiviti: Program ’Cintai Pusat Sumber Kita’

Sasaran: Pengawas Pusat Sumber
Anjuran: Pusat Sumber
Tarikh perlaksanaan: 6-7 Januari 2012
Tempoh perlaksanaan: 2 hari
Tempat: Pusat Sumber Sekolah
Rasional: Memahami peraturan dan tugasan menggunakan semua unit Pusat Sumber Sekolah.
Objektif:   Pengawas Pusat Sumber membuat sesi gotong royong mengemas Pusat Sumber.Bilangan peserta: 40 orang
Impak:  Pengawas Pusat Sumber semakin bertanggung jawab dengan amanah dan tugas yang diberikan.Sumber kewangan: Tiada
Penilaian:Pengawas Pusat Sumber dapat menjalankan tugas dengan lebih amanah.  Selain itu, keceriaan Pusat Sumber juga telah dapat ditingkatkan.

Jumaat, 6 Januari 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN 1 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Nama aktiviti:   Program Suai-kenal Pengawas baru & Pengawas PSS sesi 2012.
Sasaran:   Semua Pengawas Pusat Sumber sesi 2012
Anjuran:   Pusat Sumber
Tarikh perlaksanaan:   05 Januari 2012
Tempoh perlaksanaan:   1 hari
Tempat:   Pusat Sumber Sekolah
Rasional:   Mengenal satu sama lain di dalam struktur Organisasi Pengawas Pusat Sumber. Melantik jawatankuasa sesi 2012 dan menerangkan tugasan pengawas PSS kepada Pengawas yang baru dilantik.
Objektif: Pengawas Pusat sumber dapat mengenali satu sama lain secara lebih rapat dan dapat memahami tugas yang diamanahkan secara jelas.

Bilangan peserta: 42 orang
Penilaian: Majlis watikah akan diadakan pada bulan Januari. Sumber kewangan: TiadaImpak: Hubungan Pengawas Pusat Sumber lebih baik dan dapat menjalankan tugasan dengan lebih sempurna.