SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Isnin, 25 Januari 2010

TEN MINUTES READING PROGRAMME

PROGRAM KECEMERLANGAN 3 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran :- Murid Tahun 1 - Tahun 6
Tarikh Perlaksanaan :- Januari - September (9 bulan)
Tempat :- Halaman bicara
Rasional :- Membaca 10 minit sebelum waktu pembelajaran sebenar di luar kelas dan di halaman bicara.
Objektif :- Murid dapat memanfaat masa dengan aktiviti yang berfaedah dengan membaca pelbagai sumber bahan bacaan termasuk buku teks.
Bilangan peserta :- 498 orang.
Impak :- Murid menggunakan masa yang ada sekurang-kurangnya 10 minit dengan membaca buku.
Penilaian :- Murid mulai berkumpul dan membaca di luar kelas dan halaman bicara dengan inisiatif sendiri.



Suasana di luar kelas dan di halaman bicara pada waktu pagi sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu pembelajaran sebenar. Murid begitu gembira dan tekun membaca pada waktu pagi.


 Murid berkesempatan membaca dan lebih bersedia untuk belajar 10 minit sebelum p& p sebenar. Walaupun rakan lalu lalang, mereka tekun membaca dalam program ' Ten Minutes Reading'.

Khamis, 21 Januari 2010

PROGRAM BACALAH SAYANG

PROGRAM KECEMERLANGAN 2 PUSAT SUMBER

Sasaran :- Murid Tahun 2 - Tahun 6
Tarikh perlaksanaan :- Januari - November (10 bulan)
Tempat :- Pondok Sumber
Rasional :- Memupuk minat membaca dalam kalangan murid.
Objektif :- Semua murid tahun 2, 3, 4, 5 dan 6 membaca di Pondok Sumber pada waktu pagi dan rehat mengikut jadual yang ditetapkan.
Bilangan peserta :- 420 orang.
Impak :- Murid dapat membaca di kawasan sekolah.
Penilaian :- Murid gembira membaca dengan minat sendiri di bawah pemantauan guru bertugas.


Fenomena ketika waktu rehat. Murid membaca dengan rasa gembira bersama kawan. Pelbagai bahan bacaan disediakan untuk murid bagi memasti program galakan membaca dikalangan murid berjalan lancar.


Isnin, 18 Januari 2010

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

PROGRAM KECEMERLANGAN 6 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran :- Semua Pengawas Pusat Sumber
Anjuran bersama :- Pusat Sumber dan Unit Bimbingan & Kaunseling.
Tarikh Perlaksanaan :- 18 Januari 2010
Tempat :- Kolej Komuniti Temerloh.
Rasional :- Melahirkan pengawas yang berkepimpinan dan dapat menguruskan PSS dengan baik.
Objektif :- Dapat menguruskan PSS sebagai Pusat Sumber berinformasi dan cemerlang.
Sumber kewangan :- Sekolah dan murid.
Bilangan Peserta :- 40 orang.
Impak :- Murid lebih yakin dengan tugas yang diamanahkan.
Penilaian :- Projek 1 sepuluh PSS.



Situasi sewaktu hendak bertolak ke Kolej Komuniti Temerloh. Pengawas Pusat Sumber berbaris sewaktu menaiki bas ke Kolej.



Pengawas Pusat Sumber sewaktu sesi ceramah kepimpinan dan sesi bengkel bersama pensyarah Kolej Komuniti.



Kursus Kepimpinan berjalan lancar dengan penglibatan pengawas secara aktif.



Majlis penyampaian cenderahati kepada fasilitator dan sesi bergambar di bengkel Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber 2010 di Kolej Komuniti Temerloh.


Jumaat, 15 Januari 2010

PERTANDINGAN UJI MINDA PSS

AKTIVITI GALAKAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER

'PERTANDINGAN UJI MINDA PSS'

Sasaran : Semua murid
Tarikh Perlaksanaan : 11 - 15 Januari 2010 (1 minggu)
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Anjuran : Pusat Sumber
Rasional : Menguji minda murid dengan soalan berasaskan kemahiran berfikir.

Khamis, 14 Januari 2010

PROGRAM ORIENTASI TAHUN 1

PROGRAM KECEMERLANGAN 1 PUSAT SUMBER SEKOLAH
 Sasaran :- Murid Tahun 1 (68 orang)
Tarikh Perlaksanaan :- 14 Januari 2010
Tempoh Perlaksanaan :- 1 hari
Rasional :- Mengenal dan memahami peraturan menggunakan bilik perpustakaan.
Objektif :- Murid dapat gambaran awal tentang peraturan dan cara menggunakan perpustakaan sekolah.
Impak :- Murid berminat dan mula berjinak dengan tabiat membaca.
Penilaian :- Murid tahun 1 Ibnu Sina lebih proaktif dan dapat menggunakan sumber dengan baik bersama bimbingan guru tahun 1.

Situasi semasa minggu orientasi Tahun 1. Murid masuk bersama guru B.Melayu dan Guru Perpustakaan dan Media. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan 1 Ibnu Sina dan 1 Ibnu Khaldun. Murid meneliti gambar dan membaca buku.


Guru memberi taklimat dan penerangan kepada murid tentang peraturan di bilik perpustakaan. Slot terakhir, sesi bergambar di pentas bercerita.

Rabu, 13 Januari 2010

BIJAK SIFIR

PROGRAM KECEMERLANGAN 5 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran :- Murid tahun 3 - tahun 6
Tarikh perlaksanaan :- Januari - Julai (7 bulan)
Tempat :- Halaman Bicara
Rasional :- Murid dapat menghafal sifir dengan lancar.
Objektif :- Murid tahun 3 hingga tahun 6 dapat menghafal sifir 2 hingga 12 dalam tempoh 7 bulan dengan betul.
Bilangan peserta :- 380 orang.
Impak & Penilaian :- Murid dapat menghafal sifir dengan lancar.


Seorang pengawas sedang membacakan sifir 8 sewaktu perhimpunan sekolah. Sebagai motivasi, cenderahati turut disediakan kepada murid tahap satu.

PROGRAM NILAM

PROGRAM KECEMERLANGAN 4 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran :- Murid tahun 1 - tahun 6
Tarikh Perlaksanaan :- Januari - Oktober (10 bulan)
Tempat :- Pusat Sumber dan Pondok Sumber
Rasional :- Program galakan membaca dikalangan murid sekolah SK Sungai Gau.
Objektif :- Murid dapat memanfaat masa dengan aktiviti yang berfaedah dengan membaca pelbagai sumber bahan bacaan.
Bilangan Peserta :- 497 orang.
Impak :- Murid mencatat di dalam buku Nilam bahan bacaan yang telah selesai dibaca.
Penilaian 1 :- Murid membaca satu waktu pembelajaran B.Melayu dan B.Inggeris dengan seliaan Guru mata pelajaran di Pusat Sumber dan Pondok Sumber mengikut jadual yang disediakan.
Penilaian 2 :- Pemenang Nilam iaitu pembaca terbanyak akan dipilih berdasarkan data bacaan murid setiap 2 bulan sekali.



Majlis pelancaran Program Nilam oleh Tuan Guru Besar selaras dengan objektif dan hasrat kementerian Program Galakan Membaca dalam kalangan murid.
  
 

 Program Nilam dijalankan secara berjadual mengikut 1 waktu pembelajaran BM dan BI. Kelihatan pelajar sedang membaca buku koleksi 'Big Book' di perpustakaan sekolah.