SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Rabu, 1 Februari 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 7

Nama aktiviti:Program Perkasa Nilam
Sasaran: Semua murid tahun 1-6
Anjuran Bersama: Pusat Sumber dan Jawatankuasa Nilam
Tarikh perlaksanaan: Januari -Oktober 2012
Tempoh perlaksanaan: 10 bulan
Tempat: PSS, Halaman Bicara, Dewan terbuka SKSG& seluruh sudut bacaan di Sekolah.
Rasional: Murid tahun 1-6 terlibat secara langsung dengan program Nilam Sekolah. Penjadualan berkala dan sistem penilaian setiap tiga bulan sekali di pantau oleh guru Nilam.
Objektif: Murid dapat memanfaat masa dengan aktiviti yang berfaedah dengan membaca pelbagai sumber bahan bacaan.
Bilangan peserta: 497 orang
Impak: Murid mencatat di dalam buku Nilam bahan bacaan
           yang telah selesai dibaca.

Penilaian:Murid  membaca satu waktu pembelajaran B.melayu dan B.Inggeris dengan seliaaan Guru mata pelajaran di Perpustakaan dan Pondok Sumber mengikut jadual yang disediakan.Sumber kewangan: Perpustakaan
Penilaian: Pemenang Nilam iaitu pembaca terbanyak akan dipilih berdasarkan data bacaan murid setiap 3 bulan sekali.

                                    


Gambar penilaian perkasa Nilam kali pertama yang telah disampaikan oleh Puan Zaiton bt Mat Arof, Guru penolong Kanan pentadbiran.  Murid yang menang turut menerima hadiah berupa bahan bacaan, file dokumen dan badge tahap jauhari.