SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Sabtu, 4 Februari 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 11

Nama aktiviti: Program Cakna 1
Sasaran: Semua murid Linus
Anjuran Bersama: Pusat Sumber dan Linus B.Melayu & Matematik
Tarikh perlaksanaan: Februari-Ogos
Tempoh perlaksanaan: 7 bulan
Tempat: PSS & Bilik Tayangan
Rasional: Penekanan kepada pengukuhan penguasasaan 3M dalam subjek B.Melayu dan Matematik.
Puan Sarifah Tun tekun menunjuk ajar murid  membaca. Ini penting bagi memastikan penguasaan 3M dapat dikuasai dengan baik oleh pelajar Linus.

Rabu, 1 Februari 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 7

Nama aktiviti:Program Perkasa Nilam
Sasaran: Semua murid tahun 1-6
Anjuran Bersama: Pusat Sumber dan Jawatankuasa Nilam
Tarikh perlaksanaan: Januari -Oktober 2012
Tempoh perlaksanaan: 10 bulan
Tempat: PSS, Halaman Bicara, Dewan terbuka SKSG& seluruh sudut bacaan di Sekolah.
Rasional: Murid tahun 1-6 terlibat secara langsung dengan program Nilam Sekolah. Penjadualan berkala dan sistem penilaian setiap tiga bulan sekali di pantau oleh guru Nilam.
Objektif: Murid dapat memanfaat masa dengan aktiviti yang berfaedah dengan membaca pelbagai sumber bahan bacaan.
Bilangan peserta: 497 orang
Impak: Murid mencatat di dalam buku Nilam bahan bacaan
           yang telah selesai dibaca.

Penilaian:Murid  membaca satu waktu pembelajaran B.melayu dan B.Inggeris dengan seliaaan Guru mata pelajaran di Perpustakaan dan Pondok Sumber mengikut jadual yang disediakan.Sumber kewangan: Perpustakaan
Penilaian: Pemenang Nilam iaitu pembaca terbanyak akan dipilih berdasarkan data bacaan murid setiap 3 bulan sekali.

                                    


Gambar penilaian perkasa Nilam kali pertama yang telah disampaikan oleh Puan Zaiton bt Mat Arof, Guru penolong Kanan pentadbiran.  Murid yang menang turut menerima hadiah berupa bahan bacaan, file dokumen dan badge tahap jauhari.
 

PROGRAM KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 4


Nama aktiviti: Program Orientasi murid baru
Sasaran: Murid Tahun 2- Tahun 6
Anjuran: Pusat Sumber
Tarikh perlaksanaan: Januari-March
Tempoh perlaksanaan: 3 bulan
Tempat: Unit Pusat Sumber
Rasional: Memberi informasi baru berkaitan dengan peraturan dan perkhidmatan Pusat Sumber kepada murid baru bertukar.

Objektif: Murid baru dapat gambaran awal tentang peraturan dan cara menggunakan perpustakaan sekolah.Bilangan peserta: 8 orang
Impak: Murid berminat dan  mula berjinak dengan tabiat membaca dan cara-cara menggunakan Pusat Sumber.Sumber kewangan: Tiada
Penilaian: Murid baryu yang bertukar sekolah ada yang berpotensi untuk diketengah sebagai bakat Nilam.  Mereka sangat teruja dan gembira dengan suasana baru Pusat Sumber.