SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Isnin, 11 April 2011

BACALAH SAYANG

PROGRAM KECEMERLANGAN 7 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Murid Tahun 2 - Tahun 6
Anjuran  :  Pusat Sumber
Tarikh Perlaksanaan  :  Januari - November (10 bulan)
Tempat  :  Pondok Sumber
Rasional  :  Memupuk minat membaca dalam kalangan murid.
Objektif  :  Semua murid tahun 2,3,4,5 dan 6 membaca di Pondok Sumber pada waktu pagi dan rehat mengikut jadual yang ditetapkan.
Bilangan peserta  :  420 orang.
Impak  :  Murid dapat membaca di kawasan sekolah.
Sumber Kewangan  :  Pusat Sumber.
Penilaian  :  Murid gembira membaca dengan minat sendiri di bawah pemantauan guru bertugas.