SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Khamis, 24 Mac 2011

PROGRAM GERAK NILAM

PROGRAM KECEMERLANGAN 5 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sasaran  :  Semua Murid SK Sungai Gau.
Anjuran  : Pusat Sumber.
Tarikh Perlaksanaan  :  10 Januari - 10 Oktober 2011 (10 bulan)
Tempat  :  Unit Pusat Sumber dan SK Sungai Gau.
Rasional  :  Memupuk tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid SK Sungai Gau.
Objektif  :  Murid dapat memanfaat masa dengan aktiviti yang berfaedah dengan membaca pelbagai sumber bahan bacaan.
Bilangan Peserta  :  497 orang.
Impak  :  Murid mencatat di dalam buku Nilam bahan bacaan yang telah selesai dibaca.
Penilaian  :  Murid membaca satu waktu pembelajaran B.Melayu dan B.Inggeris dengan seliaan Guru matapelajaran di Perpustakaan dan Pondok Sumber mengikut jadual yang disediakan.
Sumber Kewangan  :  Perpustakaan.
Penilaian  :  Pemenang Nilam iaitu pembaca terbanyak akan dipilih berdasarkan data bacaan murid setiap 2 bulan sekali.