SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Rabu, 12 Januari 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 1

Nama aktiviti: Program Orientasi Tahun 1
Sasaran:  Semua murid tahun 1
Anjuran: Pusat Sumber
Tarikh perlaksanaan: 11 Januari 2011
Tempoh perlaksanaan: 1 hari
Tempat: Pusat Sumber Sekolah
Rasional: Mengenal dan memahami peraturan menggunakan bilik perpustakaan.
Objektif: Murid dapat gambaran awal tentang peraturan dan cara menggunakan perpustakaan sekolah.
Bilangan peserta: 68 orang
Impak: Murid berminat dan  mula berjinak dengan tabiat membaca
Sumber kewangan: Tiada
Penilaian: Murid tahun 1 Ibnu Sina lebih proaktif dan dapat menggunakan sumber dengan baik bersama bimbingan guru tahun 1.



Situasi semasa minggu orientasi Tahun 1. Murid masuk bersama guru B.Melayu dan Guru Perpustakaan dan Media. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan 1 Ibnu Sina dan 1 Ibnu Khaldun. Murid tekun meneliti gambar dan membaca buku.

Guru memberi taklimat dan penerangan kepada murid tentang peraturan di bilik perpustakaan. Slot terakhir,  murid berpeluang bersoal jawab dengan guru media dan membaca koleksi buku yang terdapat di Pusat Sumber.