SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG

VISI :- Menyediakan sumber ilmu terkini serta memupuk kesungguhan insan dalam pencarian dan penerokaan ilmu demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI :- Untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan secara berterusan.


Isnin, 2 Julai 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 14

Nama aktiviti:  Program Ulat Buku
Sasaran:  Semua murid tahun 1-6
Anjuran Bersama: Pusat Sumber dan Jawatankuasa Nilam
Tarikh perlaksanaan: Mei -Oktober 
Tempoh perlaksanaan:  6 bulan
Tempat: PSS, Halaman Bicara, Dewan  terbuka SKSG.
Rasional:  Tabiat membaca yang berkekalan umpama ulat buku.  Buku dan murid tidak dapat dipisahkan.
Objektif: Murid dapat memanfaat masa dengan aktiviti yang berfaedah dengan membaca pelbagai sumber bahan bacaan.
Bilangan peserta:
497 orang
Impak:
Murid mencatat di dalam buku Nilam bahan bacaan yang telah selesai dibaca.
Penilaian: 
Murid  membaca satu waktu pembelajaran B.melayu dan B.Inggeris dengan seliaaan Guru mata pelajaran di Perpustakaan dan Pondok Sumber mengikut jadual yang disediakan.
Sumber kewangan: Perpustakaan
Penilaian: Pemenang Ulat buku iaitu pembaca terbanyak akan dipilih berdasarkan data bacaan murid .



Kelihatan pelajar sedang membaca buku koleksi pelbagai bahan bacaan di perpustakaan sekolah. Mereka mencatat bahan bacaan di dalam buku yang berasingan bagi dua mata pelajaran utama BM dan BI.  Ini bagi memasti Program Ulat Buku dapat membantu p & p, dan murid dapat menguasai bidang penulisan bahasa dengan baik dan cemerlang.